Saturday, 26 November 2011

I'm proud to be a woman! Thank you ALLAH =D





1.    Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.".
2.    Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3.    Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalanAllah.
4.    Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5.    Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itusetiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6.    Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7.    Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8.    Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar kerumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9.    Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10.  Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11.  Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12.  Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab rasulullah, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya."
13.  Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14.  Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15.  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16.  Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17.  Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggalbersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18.  Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan laludia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik merekadengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19.  Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka


#keep reading :))

Sunday, 6 November 2011

Dinner ForSiS at UiTM =D

Bachelor of (Hons) Chemistry (Forensic Analysis)
First Semester

*dari kiri, hawa, sabila, zawani, ain, achik (athirah) dan dayah*

*smile_peace*

*kusyuk achik snap pic bunga ros*

*dayah termenungkan apa lah agaknya??*

*me me me_tengah yee*
(suke betul promote diri. 0_O)

*alahai, sepetnya mata i*
(penangan cahaya lampu.. mata atie pantang sikit light2 segala bagai ni, huhuk)

that's all for now.. good-bye, have a nice night :DD

#keep reading :))

Friday, 16 September 2011

Aishiteru by Zivilia Band



I love this song..actually, bru2 ni jer..time atie tgk drama cinta melody, i really don't like this song..no reason why?? but after that i listen to the lyrics, quiet interesting..ntah since ble suka gila dgn lagu nih.. :) kOrang yg minat with ths song just kept listen n feel it.. ai aishiteru!! daa..

#keep reading :))

Monday, 12 September 2011

Surat CINTA dari SYAITAN

Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Al-Ikhlas. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membacaAl-Qur'an. Sesungguhnya engkau tidak membuang-buang masa. 

Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali ! Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman.  Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurmu. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan. 

Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudu'. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan bil air rumahmu.  Aku lihat engkau tak pernah membaca Bismillah sebelum makan. Ini bagus,kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, engkau tak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah engkau sedawa kuat-kuat seperti lembu.

Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tak membazirkan rezekimu yang melempah-ruah yang diberi Allah kepadamu. Engkau seorang yang jimat cermat. Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.

Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum. Engkau mengucapkan "Hi Everybody!" Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris. Tak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antara-bangsa. Engkau telah membuktikan bahwa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.

 Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama .... kita berpegang-tangan menuju NERAKA JAHANNAM . PASTI!

-Sahabatmu Yang Tercinta.- Iblis

#keep reading :))

Sunday, 11 September 2011

Raya Raya Raya

~wItH mY muMmy~

~aDik aSiFf~

~ayYah witH aLonG__REd cOUpLE~

~Di RumaH tOkLonG Mie~

~aDik AiMan~

~anGah , sYafiQ & MakNgaH~

~my LoVeLy granDma (TOK) kt tengah2 tuw~

~adik aiman buat muka 0_O biar biar, nak peluk jugak~ 

time ni raya di Langkawi.. Best!!! Selamat Hari Raya uolss.. :DD

#keep reading :))

Saturday, 10 September 2011

Dua Perbezaan Yang Nyata

Untuk renungan bersama..


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk nih...


Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla...dah lapar nih


Manusia - Hari ni nak pakai apa yerk?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun takde style langsung!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi...baru pukul 8.30am...


Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah
Syaitan - Baru pukul berapa....


Manusia - Eh, eh....tak boleh tengok nih, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh...best tu....


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang....


Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah...


Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telh berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesunggunya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...




#keep reading :))

PreviOus PoSt by littLe fairy

~Sweet 21~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers