Monday, 11 June 2012

Malangnya Si Pendengki

Assalamualaikum, salam sayang sumee.. 

Apa khabar hamba-hamba Allah yang atie kenali ataupun belum mengenali? sahabat-sahabat yang hebat ? rakan-rakan setia blogger? anak-anak yang soleh dan solehah? dan sewaktu dgnnya.. (^^,) insyaAllah sumee dalam keadaan yg baik.. Allah maha penyayang lagi pemurah..

Hope korang alwayss topup iman dari masa ke semasa.. skali skala topup utk kawan2 jgk.. mengajak org melakukan kabaikan adalah suatu tuntutan dalam agama Islam.. ingat tu yee.. sama2 beramal k?? ;))

fun tetap fun, tapi ada masanya kita serius dalam menegakkan apa yg perlu.. this time atie serius sikit bole?? sebab entry yg atie posting now about someone yg ada sifat hasad dengki!! korang-korang jgn ada sifat ni yee.. Allah sangatlah membenci hambanya yg menanam sifat ini or yg ada hasrat utk menanam.. (balik kampung tolong opah, atuk, nenek, tok dan  tokwan tanam pokok ke, sawi ke, biji tembikai pun ok gak, kan lagi baguss.. alahai cucu cucu opah yang soleh dan solehah_sejuk mata dan hati) sukee lee tu org pujii..

Atie tanak mengumpat saper-saper (dosa free) tanak mention saper-saper.. just nak share satu al-kisah pada zaman dahulu yang patut dijadikan guide dalam life kita utk mengharungi dunia yg penuh dgn pancaroba dan dugaan maha hebat.. Astaghfirullah, semoga Allah melindungi rakan-rakan blogger atie yg sentiasa patuh pada perintah Allah.. (sayang korang sgt2 tau_muah cikit, hihik.. gedix plak) 

Jom ikuti kisah teladan nii --->

Ada seorang lelaki yang setiap hari mengunjungi raja. Pada setiap pertuturannya pasti terselit kata-kata yg penuh makna.. 

Si lelaki : Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan baik, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya.

Lelaki itu sangat akrab dengan Raja.. Maka, tersebutlah al-kisah si pedengki yang sangat tidak puas hati akan hubungan raja dengan lelaki tersebut.. 

Si pedengki : Lelaki itu pasti memiliki kedudukan yang tinggi, setiap hari dia bertemu raja. 
(pikir si pendengki dengan perasaan kurang senang) 

Dengan pertolongan syaitan laknatullah, si pendengki ini mendapat idea untuk merosakkan hubungan raja dan lelaki tersebut. Lalu, dia menemui raja. 

Si pedengki : Lelaki yang setiap hari menemuimu, jika keluar dari sini selalu berbicara buruk tentangmu. Dia juga berkata bahawa bau mulutmu busuk wahai raja.  

Raja itu terdiam.   



Sekeluarnya dari kerajaan, si pendengki duduk di jalan yang biasa dilalui oleh lelaki baik tersebut. Ketika si lelaki itu dalam perjalanannya menemui raja, lalu si pedengki  menghalangnya. 


Si pedengki : Kemarilah, singgahlah ke rumahku sebentar. 

Lelaki itu hanya menuruti.. 



Di rumah si pedengki : si pedengki menawarkan bawang merah dan putih.. dia memaksa lelaki itu supaya memakan bawang-bawang tersebut. Oleh kerana lelaki itu ingin melegakan hati si pedengki,  akhirnya dia makan dengan terpaksa. Bau bawang merah dan putih itu tidak mudah hilang. 


Selesai berkunjung ke tempat si pendengki, lelaki itu meneruskan perjalanan ke istana raja. Sewaktu berjabatan tangan dengan raja, dia menutup mulutnya agar raja tidak mencium bau mulutnya. Lain pula pandangan raja terhadap lelaki tersebut.  "Benarlah perkataan orang itu, dia benar-benar menganggap mulutku berbau" kata raja dalam hati.


Sang raja mengawal perasaan amarahnya.. Seperti biasa, lelaki itu duduk dan berbicara tentang perkara-perkara yang baik. Sekali lagi dia berkata "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan baik, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya" 

Pada hari-hari lain, lelaki itu menjalankan rutin hidupnnya seperti biasa.."Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan baik, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya"  kata-kata itu tidak pernah lekang dari bibirnya.. Manakala, Si pedengki makin rancak fitnah-fitnahnya terhadap lelaki tersebut. Sampai suatu ketika, setelah selesai berbicara dengan raja, lelaki itu meminta diri. 

Lalu, raja memberikan sepucuk surat kepada lelaki itu.  

Sang Raja : Bawalah surat ini dan serahkanlah kepada fulan, teman aku. Ini amanah. 

Lelaki itu memegang surat tersebut dengan sebaik-baiknya.. Lalu, dia pergi meninggalkan kawasan istana dan menuju ke arah tempat tinggal fulan. 

Isi kandungan surat raja : "Jika sampai kepadamu pembawa surat ini, maka sembelih dan siatlah kulitnya, kemudian isilah tubuhnya dengan jerami. Dia adalah seorang pembawa mulut yang jelik" 

Di tengah-tengah jalan, sekali lagi lelaki itu  dihalang oleh si pendengki.

Si pedengki : Apa yang kau bawa?

Si lelaki : Surat raja untuk fulan. Surat ini baginda tulis dengan tangannya sendiri. Biasanya baginda tidak pernah menulis surat sendiri, kecuali dalam urusan pembagian hadiah. Ini adalah amanah darinya.

Si pedengki : Berikanlah surat itu kepadaku, biarlah aku yang kirimkan.. Aku amat perlu wang utusan ini.  
(pinta si pedengki, merayu-rayu) 

Dia kemudian menceritakan kesulitan hidupnya. Atas dasar kasihan dan percaya, lelaki itu menyerahkan surat tersebut kepada si pedengki. Si Pendengki menerimanya dengan senang hati dengan niat memburukkan si lelaki itu di hadapan fulan. 

Setelah sampai,  dia menyerahkan surat itu kepada teman raja. Belum sempat si pedengki berbicara, fulan berkata dengan perasaan marah.

Si fulan : Masuklah ke sini, raja mengutuskan amanah untuk membunuhmu wahai pembawa mulut yang jelik"

Si pedengki tergamam..

Si pedengki : Yang dimaksud bukan aku, tunggulah sebentar biar aku jelaskan.
(katanya ketakutan)

Si fulan : Perintah raja tidak boleh ditunda. 

Tanpa sempat si pedengki menerangkan apa-apa, si fulan membunuhnya seperti arahan di dalam surat tersebut.  

Keesokan harinya, lelaki itu datang bertemu raja seperti biasa. 



Sang Raja sangat terkejut akan kehadiran lelaki itu. Melihatnya masih hidup membuatkan raja tertanya-tanya. "Apakah sebenarnya yang berlaku?" 

Setelah diselidiki, terbongkarlah keburukan si pendengki.

Si lelaki : Tidak ada sesuatu yang terjadi antara aku dengannya. Beberapa hari lalu, dia mengajak aku bertandang ke rumahnya lalu memaksa aku untuk memakan bawang merah dan putih. Dan selepas itu, aku menemuimu lalu aku tutup mulutku agar kamu tidak mencium bau tidak sedap dari mulutku. Kelmarin, sekeluarnya aku dari sini, dia  datang menemuiku dan menanyakan titipanmu.

Lelaki itu menceritakan semua yang terjadi antara dia dan si pedengki. 

Mendengarkan kata-kata si lelaki itu, tahulah raja bahawa orang tersebut pembawa mulut yang jelik.


Sang Raja : Benar ucapanmu wahai orang muda, orang yang berbuat baik akan mendapat balasan baik, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya.


Kedengkian di hati si pedengki telah membunuh dirinya sendiri. 


"Dengki itu merosak amal dan dengki memakan kebaikan seperti api memusnahkan kayu bakar"
(HR Ibnu Majah) 



Jadikan kisah ni sebagai teladan k??.. take yg bagus dari pengisian cerita ni, and buang yg bad-bad.. 
sama-sama kita bina akhlak yang mantap dan hebat seperti Rasulullah s.a.w.. InsyaAllah~~ (^_^)

#keep reading :))

1 comment:

PreviOus PoSt by littLe fairy

~Sweet 21~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers