Friday, 31 August 2012

SyaWaL, She's Enganged

Assalamualaikum, uols.. 1 month 10 days berlalu. faster kot, rasa cm lari pecut pecit 100 meter dlm masa 100 seconds. ngeh ngeh. ramadhan yg lepas, atie tersangatlah busy. tak sempat langsung nak update post2 gedix dkt blog. soo soury/sour *sorry le. asyik pokus keja keja keja, dr pagi smpai mlm. salesgurl berjayalah katakan. 24jam pot pet pot pet. yg beli x ramai pun. huhuk!! but, it's ok. well, bisnes mmg la ada turun naik. kalau naik tak turun2 pyh jgk. nanti lupa diri. kan kan. kalau turun tak naik2, tu masalah besauw. 

ok. raya this year sgtlah bes. baju raya terbaik punya 4 pasang uolss.. (pe'rak not perak*negeri) dua pasang mummy belikan. dua pasang lagi beli sendiri. hehe. raya sakan kot. and and paling bes, my cousin nak bertunang. (gedix nak kawin dia tuu) soo i pun buat2 sibuk jadi mak andam, half-weeding planner, tukang masak=tak kot. :p then hias bilik tidur. my mum yg make-up her. meletopss uolsZ!!! mengalahkan org nak kahwin. but, her dress sgtlah spoil. corak labuci at her neck totally weird. pity her. she pay about rm150 but it's really doesn't worth it. however, she still look pretty and gorgeous. all her friends puji-memuji beliau taww.. *meow meow

*my childhood n lovely cousin*


*she with my mummy*


*saat paling indah, bakal mak mentua mensarungkan cincin *


*hantaran dari pihak perempuan*


*hantaran dari pihak lelaki*


*kasut raya atie*
(promote jap.. cantik an an an.. hehe) 

tunggu nanti pertunangan atie pulak ye.. 10 tahun dari sekarang.. hehe.. doa2kan tauu uolss.. doakan atie dapat jumpa bakal suami (pilot/doktor/bisnesman) nak yg kaya jee.. baru terjamin, ha ha.. sayang uolss :DDD 

#keep reading :))

Friday, 15 June 2012

Malaikat Bersama 3 Orang CaCaT

Assalamualaikum..hai hari jumaat yang mulia..dan juga teman-teman blogger yang sentiasa taat pada perintah Allah.. post yang lepas atie ajak korang untuk mengenang and menginsafi setiap perbuatan kita terhadap ibu, mama, emak, mummy, ummi dan apa-apa jeelah panggilan korang, tak kisah.. sedey bukan surat penuh syahdu si alang tu.. :(( 
(upin ipin: sedeh sedeh sedeh)

This time atie nak share sedikit titipan tentang rasa kesyukuran seorang hamba yang cacat terhadap Allah S.W.T. Betapa ikhlasnya hatinya, betapa redhanya dia dengan harta-harta pemberian Allah.. MashaAllah, kalau kita mampukah begitu??? tapi, berbeza pula dengan sikap dua temannya.. 

jom kawan-kawan, kita bersihkan hati dengan muhasabah diri.. (^^,)



Abu Hurairah R.A. berkata yang dia ada mendengar Rasulullah S.A.W. bercerita tentang 3 orang cacat dari Bani Israil.

Pertamanya berpenyakit kusta, keduanya berkepala botak, dan yang ketiganya buta. Allah lalu menghantarkan malaikat untuk mengujinya.

Pada yang berpenyakit kusta malaikat bertanya, “Apakah yang paling engkau sukai?” Jawab orang itu, “Kulit yang baik serta sembuh dari penyakit. Tetapi alangkah bagusnya kalau aku ada seekor unta.” Malaikat lalu mengusapkan tubuhnya maka sembuhlah dia dari penyakit dan memberinya seekor unta bunting serta berdoa semoga Allah memberkatinya.

Bertanya pula malaikat pada yang berkepala botak, “Apakah yang paling engkau sukai?” Jawabnya, “Rambut yang lebat tetapi alangkah bagusnya aku ada seekor sapi.” Malaikat lalu mengusap kepalanya maka tumbuhlah rambut dengan lebat dan diberinya seekor sapi bunting serta berdoa semoga ianya diberkati.

Pada orang yang ke tiga malaikat bertanya soalan yang sama. Maka jawabnya, “Apa yang paling aku sukai ialah semoga Allah mengembalikan penglihatanku dan diberinya aku seekor kambing.” Malaikat lalu mengusap matanya maka sembuhlah mata itu dan diberinya seekor kambing bunting serta berdoa semoga ia diberkati.

Selang beberapa waktu malaikat datang lagi dengan rupa yang sama tetapi dalam keadaan mengemis untuk menguji ketiga sahabat yang telah kaya ini.

Si penyakit kusta dan si kepala botak mengaku segala harta mereka adalah peninggalan nenek moyangnya dan dari usaha titik peluh mereka sendiri.

Tetapi berlainan pula dengan si buta, bila malaikat meminta darinya dia berkata, “Ambillah kambing itu seberapa banyak yang engkau mahu, aku tidak sedikit pun keberatan terhadap apa yang kamu ambil itu kerana Allah dan tinggallah bakinya menurut kehendakmu.” Jawab malaikat,  “Jagalah hartamu, kamu sungguh diredhai Allah, sedangkan kedua sahabatmu dimurkai Allah.”

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.”
(Surah al-Baqarah: Ayat 172)

“Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah al-Baqarah: Ayat 173)

#keep reading :))

Wednesday, 13 June 2012

WarkaH SePi Buat Emak

Assalamualaikum, salam rindu sumee.. 


Salam rindu dan sayang buat mama atie and mama-mama korang.. mum is the spesel present in our life right?? tanpa mama siapalah kita.. :((  (sayang mama sangat-sangat)


sambil-sambil web walking, tersinggah jap dekat iluvislam.. (selalu org blogwalking jee_tapi saja nak tukar angin)  tap!! jumpa this article.. its about sang anak yang miss his mother a lot! sedeh sangat baca coretan sang anak ni (-.-) ~~ jom hayati sama-sama ~~ 
Emak...

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari. Sudah hampir sepuluh bulan emak pergi tapi rasanya baru semalam emak peluk Alang dan sejuk syahdunya masih terasa lagi. Emak andainya emak tahu itu lah pertama kali emak peluk anak emak yang nakal ni sejak Alang semakin dewasa dan itu juga kali terakhirnya.

Rupanya emak dah tahu yang emak ingin pergi jauh, hendak tinggalkan anak-anak emak, hendak tinggalkan dunia yang fana ini.  Emak seperti sudah bersedia. Seminggu sebelum emak pergi, emak sudah menganyam tikar mengkuang sebanyak tiga helai. Akak beritahu sampai ke pagi emak menganyam tikar tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih sehingga akak pun berasa hairan.

Emak tidak pernah seperti itu. Semasa menganyam emak pasang radio kecil di sebelah emak tetapi emak seolah-olah tidak menyedari bahawa rancangan radio itu siaran siam dan kadang-kala siaran indonesia. Emak terus tekun menganyam. Rupanya tikar yang telah mak siapkan itulah yang di gunakan untuk mengiringi emak ke kuburan.

Emak juga sapu sampah sekeliling rumah sehingga bersih, emak jemur permaidani-permaidani, emak ubahkan sofa ke tempat lain dan emak biarkan ruang itu kosong. Rupanya, di situlah jenazah emak diletakkan.





Emak turut berpesan di mana semua duit dan barang kemas emak diletakkan. Ada yang dekat dalam almari, dekat dalam dalam beg, ada dalam ASB, ada dekat dalam Tabung Haji dan emak cakap kalau tidak berapa cukup lagi emak ada simpan dekat dalam gulungan tikar. Pada masa itu emak sedar tak Alang gelak apabila emak beritahu duit dalam gulungan tikar. Alang kata emak ni memang "fesyen" lama dan emak cuma gelak sahaja. Bahagianya saat itu.
Emak.....
Hari itu, hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang emak tiba-tiba sakit perut. Apabila malam itu apabila Alang sampai dari Kuala Lumpur emak sudah dalam kesakitan. Akak dan abang dekat kampung semua dah pujuk tetapi emak tetap tidak mahu ke hospital dan cuma tinggal giliran Alang sahaja yang belum pujuk emak.

Emak kata emak tidak mahu duduk di hospital tapi Alang berkeras juga pujuk emak. Alang cakap nanti di hospital ada doktor, ada ubat untuk emak tetapi dekat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut sahaja. Emak tetap tidak bersetuju tetapi akhirnya apabila melihat keadaan emak makin teruk sampaikan nak sentuh perut emak pun sakit, kami adik beradik sepakat hantar juga emak ke hospital.

Emak...
Ampunkan kami semua. Kami hendak emak sihat. kami sayang emak. Kami tidak mahu emak sakit sebab itulah kami terpaksa juga hantar emak ke hospital. Ampunkan kami emak.

Emak...
Malam itu abang bawa emak ke hospital dan itulah pertama dan terakhir kalinya emak naik kereta Alang. Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya emak apabila Alang cakap hendak membeli kereta. Emak asyik tanya duit cukup atau tidak. Dan Alang cakap kalau tidak cukup kan emak banyak duit. Emak gelak sahaja.

Bila Alang sudah mempunyai kereta emak buat kenduri kesyukuran dan masih ingat lagi apabila Alang terlanggar Ah-Chong naik motor.  Kerana takut Alang 'warning' kakak supaya jangan sesekali beritahu dekat emak. Bila balik sahaja kampung Alang cepat-cepat simpan kereta dalam garaj tetapi emak perasan juga 'bumper' depan kemek.

Emak tanya kenapa dan Alang jawab terlangar pokok bunga. Emak bukan tujuan Alang untuk  menipu tapi cuma tidak mahu emak risau. Maafkan Alang kerana sampai emak pergi emak tidak tahu hal yang sebenar. Emak, Alang menipu emak, ampunkan Alang.

Emak...
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006. Apabila tiba sahaja di hospital, jururawat tengah balut emak dengan kain putih. Emak mesti nampak Alang jatuh terduduk di lantai hospital. Mesti emak nampak abang cium dahi emak. Mesti emak nampak akak baca doa untuk emak. Mesti emak nampak adik terduduk dekat kerusi dekat sudut itu. Mesti emak nampak semua kan?

Emak...
Pagi itu balik dari hospital jam 5.20 pagi, Alang memandu dalam keadaan separuh sedar. Adik dekat sebelah diam melayan perasaan. Kenangan bersama emak berputar dalam kepala ini. Jalan di hadapan terasa makin kelam, airmata dah tidak mampu di tahan. Masa itu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu Alang rela. Namun alhamdulillah, akhirnya Alang sampai juga di rumah. Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya. Terasa syahdu dan sayu.

Emak...
Alang masih ingat lagi, Alang membaca Al-Quran dekat tepi emak dan temankan emak. Jam 11.00 pagi emak sudah di mandikan. Anak-anak emak yang pangku emak semasa emak dimandikan. Emak mesti rasa betapa lembutnya kami mengosok seluruh tubuh emak. Alang gosok kaki emak perlahan-lahan. Emak perasan tak...?

Makcik yang mandikan emak memujuk Alang. Mak cik tu kata;
"Dik...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."


Bila makcik itu cakap macam itu lagi laju airmata ini mengalir tetapi Alang kawal supaya tidak menitis di atas emak.

Emak...
Sampai sini surat ini Alang tulis. Alang menangis ni tapi dekat dalam bilik. Baru pukul 4.00 pagi tiada orang yang bangun lagi. Alang dengar nasyid tajuk "anak soleh", Alang sedih, Alang rindu dekat emak! Nanti bila Alang selesai sembanyang subuh, Alang baca Yassin untuk emak. Emak tunggu ya! 


Sebelum muka emak di tutup buat selamanya semua anak-anak emak mengelilingi emak. Menatap wajah emak buat kali terakhirnya. Semua orang kata emak seolah-olah senyum. Masa itu Alang sentuh dahi emak, Alang rasa dahi emak sejuk sangat. Alang tidak mampu hendak cium emak. Alang tidak berdaya. Alang tuliskan kalimah tauhid kat dahi emak dengan air mawar dan airmata mengalir tanpa boleh ditahan.

Emak mesti ingat kan yang anak emak ini jadi imam solat jenazah untuk emak tetapi Alang suruh tok imam bacakan doa sebab Alang sebak. Jam 12 tengahari emak diusung keluar dari rumah, Akak pula sudah terkulai dalam pelukan makcik. Badan akak terasa panas.

Emak..
Anak emak yang seorang itu demam. Cuma akak sorang sahaja anak emak yang tidak mengiringi emak ke tanah perkuburan.

Emak..... 
Hari-hari yang Alang lalui tanpa kewujudan emak terasa begitu kehilangan. Setiap malam selepas maghrib anak emak ini mesti berendam airmata. Sampai satu tahap waktu itu malam jumaat selepas maghrib. Selesai Alang baca yassin dengan kawan-kawan, Alang keluarkan gambar-gambar emak dekat dalam bilik. Semakin Alang tenung terasa semakin sayu dan tangisan tidak dapat dibendung.

Emak... 
Alang cuba bertahan dan memujuk diri sendiri tetapi tidak juga reda. Alang rasa ingin telefon emak, hendak cakap dengan emak. Anak mak yang ni dah tak betul kan???? Dan akhirnya dalam sedu-sedan itu Alang telefon ke kampung, Alang cakap dengan akak. Alang nangis lagi, puas akak memujuk Alang, akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk emak.." . Dan akhirnya akak juga menangis.

Emak...
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati, rasa pilu sangat. Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit di dalam dada ini. Sampai sekarang apabila kerinduan itu menjelma hanya sedekah Al-Fatihah yang mampu Alang berikan.

Emak...
Cukuplah sampai sini dahulu. Kawan Alang dah ketuk pintu bilik ni. Kejap lagi kami hendak pergi solat subuh kat masjid. Selalunya, Alang yang bawak emak naik motor tetapi kali ini Alang jalan kaki dengan kawan. Esok Alang ingat hendak tulis surat dekat ayah pula. Mula-mula Alang tidak tahu hendak hantar ke mana surat ni tetapi kawan Alang cakap simpan sahaja buat kenangan.

Akhir kata untuk emak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan Alang dan memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah, sampai masuk universiti, sampai Alang boleh rasa naik kapal terbang, boleh rasa duduk dekat negara orang. Sampai akhir hayat ini jasa emak tidak akan mampu Alang balas.

Sekian terima kasih,

Yang Benar,
Alang
dipetik dari www.iluvislam.com

#keep reading :))

Monday, 11 June 2012

Malangnya Si Pendengki

Assalamualaikum, salam sayang sumee.. 

Apa khabar hamba-hamba Allah yang atie kenali ataupun belum mengenali? sahabat-sahabat yang hebat ? rakan-rakan setia blogger? anak-anak yang soleh dan solehah? dan sewaktu dgnnya.. (^^,) insyaAllah sumee dalam keadaan yg baik.. Allah maha penyayang lagi pemurah..

Hope korang alwayss topup iman dari masa ke semasa.. skali skala topup utk kawan2 jgk.. mengajak org melakukan kabaikan adalah suatu tuntutan dalam agama Islam.. ingat tu yee.. sama2 beramal k?? ;))

fun tetap fun, tapi ada masanya kita serius dalam menegakkan apa yg perlu.. this time atie serius sikit bole?? sebab entry yg atie posting now about someone yg ada sifat hasad dengki!! korang-korang jgn ada sifat ni yee.. Allah sangatlah membenci hambanya yg menanam sifat ini or yg ada hasrat utk menanam.. (balik kampung tolong opah, atuk, nenek, tok dan  tokwan tanam pokok ke, sawi ke, biji tembikai pun ok gak, kan lagi baguss.. alahai cucu cucu opah yang soleh dan solehah_sejuk mata dan hati) sukee lee tu org pujii..

Atie tanak mengumpat saper-saper (dosa free) tanak mention saper-saper.. just nak share satu al-kisah pada zaman dahulu yang patut dijadikan guide dalam life kita utk mengharungi dunia yg penuh dgn pancaroba dan dugaan maha hebat.. Astaghfirullah, semoga Allah melindungi rakan-rakan blogger atie yg sentiasa patuh pada perintah Allah.. (sayang korang sgt2 tau_muah cikit, hihik.. gedix plak) 

Jom ikuti kisah teladan nii --->

Ada seorang lelaki yang setiap hari mengunjungi raja. Pada setiap pertuturannya pasti terselit kata-kata yg penuh makna.. 

Si lelaki : Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan baik, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya.

Lelaki itu sangat akrab dengan Raja.. Maka, tersebutlah al-kisah si pedengki yang sangat tidak puas hati akan hubungan raja dengan lelaki tersebut.. 

Si pedengki : Lelaki itu pasti memiliki kedudukan yang tinggi, setiap hari dia bertemu raja. 
(pikir si pendengki dengan perasaan kurang senang) 

Dengan pertolongan syaitan laknatullah, si pendengki ini mendapat idea untuk merosakkan hubungan raja dan lelaki tersebut. Lalu, dia menemui raja. 

Si pedengki : Lelaki yang setiap hari menemuimu, jika keluar dari sini selalu berbicara buruk tentangmu. Dia juga berkata bahawa bau mulutmu busuk wahai raja.  

Raja itu terdiam.   



Sekeluarnya dari kerajaan, si pendengki duduk di jalan yang biasa dilalui oleh lelaki baik tersebut. Ketika si lelaki itu dalam perjalanannya menemui raja, lalu si pedengki  menghalangnya. 


Si pedengki : Kemarilah, singgahlah ke rumahku sebentar. 

Lelaki itu hanya menuruti.. 



Di rumah si pedengki : si pedengki menawarkan bawang merah dan putih.. dia memaksa lelaki itu supaya memakan bawang-bawang tersebut. Oleh kerana lelaki itu ingin melegakan hati si pedengki,  akhirnya dia makan dengan terpaksa. Bau bawang merah dan putih itu tidak mudah hilang. 


Selesai berkunjung ke tempat si pendengki, lelaki itu meneruskan perjalanan ke istana raja. Sewaktu berjabatan tangan dengan raja, dia menutup mulutnya agar raja tidak mencium bau mulutnya. Lain pula pandangan raja terhadap lelaki tersebut.  "Benarlah perkataan orang itu, dia benar-benar menganggap mulutku berbau" kata raja dalam hati.


Sang raja mengawal perasaan amarahnya.. Seperti biasa, lelaki itu duduk dan berbicara tentang perkara-perkara yang baik. Sekali lagi dia berkata "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan baik, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya" 

Pada hari-hari lain, lelaki itu menjalankan rutin hidupnnya seperti biasa.."Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan baik, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya"  kata-kata itu tidak pernah lekang dari bibirnya.. Manakala, Si pedengki makin rancak fitnah-fitnahnya terhadap lelaki tersebut. Sampai suatu ketika, setelah selesai berbicara dengan raja, lelaki itu meminta diri. 

Lalu, raja memberikan sepucuk surat kepada lelaki itu.  

Sang Raja : Bawalah surat ini dan serahkanlah kepada fulan, teman aku. Ini amanah. 

Lelaki itu memegang surat tersebut dengan sebaik-baiknya.. Lalu, dia pergi meninggalkan kawasan istana dan menuju ke arah tempat tinggal fulan. 

Isi kandungan surat raja : "Jika sampai kepadamu pembawa surat ini, maka sembelih dan siatlah kulitnya, kemudian isilah tubuhnya dengan jerami. Dia adalah seorang pembawa mulut yang jelik" 

Di tengah-tengah jalan, sekali lagi lelaki itu  dihalang oleh si pendengki.

Si pedengki : Apa yang kau bawa?

Si lelaki : Surat raja untuk fulan. Surat ini baginda tulis dengan tangannya sendiri. Biasanya baginda tidak pernah menulis surat sendiri, kecuali dalam urusan pembagian hadiah. Ini adalah amanah darinya.

Si pedengki : Berikanlah surat itu kepadaku, biarlah aku yang kirimkan.. Aku amat perlu wang utusan ini.  
(pinta si pedengki, merayu-rayu) 

Dia kemudian menceritakan kesulitan hidupnya. Atas dasar kasihan dan percaya, lelaki itu menyerahkan surat tersebut kepada si pedengki. Si Pendengki menerimanya dengan senang hati dengan niat memburukkan si lelaki itu di hadapan fulan. 

Setelah sampai,  dia menyerahkan surat itu kepada teman raja. Belum sempat si pedengki berbicara, fulan berkata dengan perasaan marah.

Si fulan : Masuklah ke sini, raja mengutuskan amanah untuk membunuhmu wahai pembawa mulut yang jelik"

Si pedengki tergamam..

Si pedengki : Yang dimaksud bukan aku, tunggulah sebentar biar aku jelaskan.
(katanya ketakutan)

Si fulan : Perintah raja tidak boleh ditunda. 

Tanpa sempat si pedengki menerangkan apa-apa, si fulan membunuhnya seperti arahan di dalam surat tersebut.  

Keesokan harinya, lelaki itu datang bertemu raja seperti biasa. 



Sang Raja sangat terkejut akan kehadiran lelaki itu. Melihatnya masih hidup membuatkan raja tertanya-tanya. "Apakah sebenarnya yang berlaku?" 

Setelah diselidiki, terbongkarlah keburukan si pendengki.

Si lelaki : Tidak ada sesuatu yang terjadi antara aku dengannya. Beberapa hari lalu, dia mengajak aku bertandang ke rumahnya lalu memaksa aku untuk memakan bawang merah dan putih. Dan selepas itu, aku menemuimu lalu aku tutup mulutku agar kamu tidak mencium bau tidak sedap dari mulutku. Kelmarin, sekeluarnya aku dari sini, dia  datang menemuiku dan menanyakan titipanmu.

Lelaki itu menceritakan semua yang terjadi antara dia dan si pedengki. 

Mendengarkan kata-kata si lelaki itu, tahulah raja bahawa orang tersebut pembawa mulut yang jelik.


Sang Raja : Benar ucapanmu wahai orang muda, orang yang berbuat baik akan mendapat balasan baik, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya.


Kedengkian di hati si pedengki telah membunuh dirinya sendiri. 


"Dengki itu merosak amal dan dengki memakan kebaikan seperti api memusnahkan kayu bakar"
(HR Ibnu Majah) 



Jadikan kisah ni sebagai teladan k??.. take yg bagus dari pengisian cerita ni, and buang yg bad-bad.. 
sama-sama kita bina akhlak yang mantap dan hebat seperti Rasulullah s.a.w.. InsyaAllah~~ (^_^)

#keep reading :))

Tuesday, 5 June 2012

Say NO to Stress!!!

 Stress!!! (tolongla paham) huhuhuhu :(((


Assalamualaikum..salam rindu semua..


(kehadapan) anda-anda pernah stress??? tensen??? headache?? kemarahan increase?? why..why??? musim X-xam (exam) la katakan.. sumee muka seposen jee~~ dah dkt2 exam ni baru nak kawan dgn panda.. time awal awal sem tanak kawan.. (camnilah korang_cik panda merajok! ;((


mata sembam 360 darjah, 2 kali pusingan plak tu..lebam benor mata-mata korang yg stay up ni yee~ lagi 2 weeks, lagi 1 weeks, lagi 2 hari 3, 4 hari nak exam, mulalah langkah seribu, lipas kudung n segala peribahasa tatabahasa korang rembat..


study..study..study.. ah!bosan (ni kata-kata org yg malas belajar jee, huhuk) atie dgn korang2 rajin kan.. heee :DD


ok, tak kisahlah berapa hari punn yg tinggal utk korang pegi berperang dlm dewan exam yg mendebarkan tu, but we still have a time right?? so do the right things.. tensen tensen ni jgn p hempuk kepala kt dinding plak.. sian dahi berdarah.. sape susah? ko jgk yg susah haa.. org lain have fun jee..


tak kurang jgk  yg tidur whole day sambung sampai whole day esok n lusa lusa lusa..  nak release tensen laa kononnya.. tu dah agak melampaui batas.. org kata (tidur tak sedaq diri_org yg kata bkn atie) hahak..


but, actually, kita bole buat something yg fun dan tak berat.. tak memakan masa yg lama.. soouuuu, ape kata kita jogging? nak nak nak???


jogging ni salah satu way yg terbaik utk korang kurangkan ketensenan dalam otak dan diri tu.. cukup 1 jam utk jog.. tak payah lama lama.. nanti penat, tercungap, letih, dah tak larat nak study plak..


just spent time about 1/2 to 1 hour only.. hirup udara segar, see see the pemandangan.. memuji dan bersyukur dgn  ciptaan Allah (ada ganjarannya tu) tak sia-sia kan kita p jog petang petang.. pagi-pagi.. jgn malam malam sudah lee.. kang ko jog dgn org lain plak.. (jgn percaya_hantu dlm filem je kan kan) kalau ada terjumpa hantu tu, mean that syaitan berupa hantu.. houhou (O_O)


if korang ni mmg malas sgt nak berjalan, dun worry, beskal kan ada.. pegi pinjam dekat pusat sukan.. bagi kad matrik, settle, dapat beskal sebijik..


kayuh laju laju.. time naik bukit, suma muka ketat jee.. tapi, time turun bukit tu, punya seronok, nganga mulut sampaikan mulut menari-menari.. sedap telan oxygen.. sambil kayuh bole main cak cak dgn membe.. baling baling cokelat bola ke, (cokelat bola yg femes satu masa dulu_byk dijual di kedai apek)


kalau korang nak lagi fun, pakai topi koboi ala ala mexico tu (haha_confirm korang menjadi perhatian seluruh manusia di sekitar sekitar korang) patut bangga ohh.. smile :)) gelak puas puas.. tensen punn lari ke tempat lain.. macam ni kawan-kawan.. 

ceriakan harimu ^^

doakan atie yee korang-korang sumee..exam dah dekat sgt ni.. (^_#) half half baru balance, hee.. babai~!!

#keep reading :))

Thursday, 31 May 2012

picnic ~lalala~

Assalamualaikum, salam sayang semua...

dahhh lammmaaaa x dee entry baru kan kan kan.. bizi bgt! asyik sibuk study jee (kononnyeelah) haha.. ok, harini da satu 1 1 story yg atie nakk kongsi dgn sumee org.. its about my past.. time2 matrik dlu.. hihi.. 

story nye cmnih.. b4 final exam, time study week tuhh.. kitorang remey2 plan lah nak bt stu picnic tergempak.. segempak kmpk (matrik perak best!!-tumpang lalu nak promote ckit) :pp sooouuuu sumee pakat2 setuju lah..


kitorang plan nak picnic atas bukit tertinggi ohh.. dkt UFO plakk tu.. mmg alwez sgt nampak UFO lalu atas kepala (topi bulat yg org pakai time lepak tepi pantai-shape diee sama dgn ufo kan) hihik~! 

theen, ape lg,, pulun laa bwk makanan..sharing2 is caring2.. sowang beli air+jug air kott! pastu si polan ni bwk kerepek+keropok+maruku (yg rangup2 seangkatan dgnnyee) sng citee mmg byaklah makanan hari tu..


haaa.. yg plg bess skali, bes pren atie bwk keekkkk yg sngguh lazat hingga menjilat jari.. auummm~!!! 



tadaa..ni laa kekk cokelat spesel yg diee bwk utk kitorang makan.. atie pun x expect diee nak bwk kek yg mengagumkan ni.. ape g, melantak ahh sampai kenyang sambil nyanyi lagu edit sendiri

"pukul pastu tendang, luka lantak pii"
"perut manyak kenyang, suka suka hati" ;pp

nak di jadikan citee.. kitorang tak picnic punn dkt UFO yg gah sgt tuu (matrik perak jee ada tau) haha.. sbbnyee.. hari tu rahmat Allah melimpah2 bt kitorang.. hujan nak turun, tp time nii belum turun lagi.. sabar sabar.. langit mendung memeluk bumi yg panass.. cuaca redup jee, angin punn pakat dk lawan bertiup.. habis terselak tudung atie yg xbrapa nak lawa, huhuk ;( 

pastuu.. leader classmate atie nii laa amk kptusan sesuka hati diee pegi picnic dkt stadiumm (dewan terbuka) jee?? benci benci!! "dlm hati" dgn muka seposennyee atie and kengkawan punn melangkah selemah yg mungkin, nak tunjuk protess! sambil angkut makanan yg byk byk byk tuu.. 

sesampainyee di dewan terbuka pilihan leader kitorang td (mak jemah punn x suka nak bt kontroversi dkt situ) open sgt lah.. issh rimass~!! sumee pakat tabur makanan atas tikar then duduk himpit ramai2 mcm dlm tin ikan sardin marina.. tapi boysszz~~ please jaga jarak anda.. haha, begitulah reaksi atie dgn muka garang lagi bengis!!  


makanan bersepah sana sini.. gini lerr rupanya tikar zam ala ka zam kitorang.. tersemat di hati ~XOXO~ btw, kengkawan kt sini sebelah kiri atie.. comeyy kan gegurlzz :D


toin..toin.. jump ke side kanan atie.. ehh, da jejaka2 plak kt cni yerk~!! dyorang ni je lahh yg membuatkan kelas kitorang like heaven.. sumee benda baik2 jee, xde jahat2, bess kan kan..


boyss yg tersnap dlm photo ni sporting habis sehabis bucket kfc (jilat the jari) nyum~, cool stiap masa, yg gegurlzz almost kenoott bezakan expression muka dyorang sbb face-face yg ditonjolkan kpd kami innoccenn sgt~~ bajet baik jee tuu! haha.. :pp (boyss mmg best ever man in the world) :D 

bermulalah pengembaraan kitorang sepanjang 2 ke 3 jam.. lama jgk ohh duduk melepak buang masa dkt situ.. perjumpaan tergempak ni turut diselangi dgn story morry atie and kengkawan.. experience, kenangan sweet n biteer, next plan in life~honeymoon to asterdam..ehh tetibe plakk..hii hii hikk~!! (gelak kuda kuda)

last sebelum kitorang close the majlis, atie dgn bes pren atie dgn romate bes pren atie_satu kelas jgk..hehe telah membulatkan mata,hidung dan telinga malah juga mulut utk siapkan video `suprisees` hangat di pasaran spesel for kengkawan kelas..


candit snap lah, over posee, bajet comeyy ala2 heliza (sambil usaha bulatkan mata yg tidak berapa bulat-sanggup pakai lens setebal 5 inci) tokok tambah semata-mata.. :O sumee kami balun bubuh dlm video ni.. siap dgn lagu segala bagai.. ceriakan harimulah katakan~~ (^^,) 

depa-depa sumee terharu sampai menangis tanpa suara, sedeh sgt.. tak sanggup berpisah,, whuargghhh.. air mata atie dah dihabiskan time buat video ni.. semangat sgt! last2 nangis sambil buat video terhangguk-hanguk tersengguk-sengguk, pastu tergeleng-geleng bila bes pren tanya "asal atie crying kuat sgt??" huhuk
;((


tak pelahh mcm mana punn gayanya, yg penting kengkawan atie enjoy dgn video yg atie,bes pren n romate bes pren prepared.. bes bes bes~~ nanti kawen punn nak buat video jgk mcm fairy tale.. hii hii hiikk~!!


sooouuu srryy xdpt upload video spesel tu utk alice-alice in wonderland.. intenet selow mcm siput jalan dlm selut :((


n n n time tu hujan tak turun punn.. sumee buat muka bengang dkt leader.. kalau tak dah bole main cak cak ala bollywood kt atas bukit.. ngee~~ leader kitorang paling sporting n paling baik (puji dlm hati) jee :pp


k lah! babai, selamat petang_petang baru siap taip entry nih uhh.. have a guudd daayy sumee yee ^^

#keep reading :))

Monday, 13 February 2012

Wanita itu iBarat rumPut Semalu



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup  apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


#keep reading :))